Preloader logo
Menu

Lebih selamat, Pantas,
Berfikiran Jauh.

DigiByte bukan sekadar matawang digital yang laju. Blok rantaian yang berinovasi boleh digunakan untuk aset digital, perjanjian pintar, aplikasi terbuka dan ketulenan yang terjamin.

Baca info paper
DigiByte App

Kenapa DigiByte lebih berkuasa daripada yang lain?

DigiByte adalah blokrantaian sumber terbuka yang semakin berkembang dengan pesatnya. Dibangunkan pada akhir 2013 dan diluncurkan pada awal tahun 2014. Setelah 6 tahun pengembangan yang agresif, aktif dan rancangan terkedepan, DigiByte telah menjadi salah satu blokrantaian UTXO yang paling selamat, terpantas, terpanjang dan tidak berpaksi yang pernah dihasilkan.

Terbuka dan tidak dikawal.

DigiByte tidak pernah dibiayai melalui ICO atau sejumlah besar syiling terpakai. Tidak ada CEO atau syarikat yang mengawal rantaianblok DigiByte. Ini adalah projek berasaskan komuniti sukarelawan dan bersifat global.

Lebih selamat.

DigiByte menggunakan 5 algoritma kriptografi dan penyesuaian kesukaran masa nyata untuk mengelakkan pemusatan risiko perlombongan dan turun naik nilai kuasa. Salah satunya adalah Odocrypt yang mengubah dirinya setiap 10 hari untuk daya ketahanan ASIC.

Lebih laju.

Blok DigiByte akan berlaku setiap 15 saat iaitu 40x lebih pantas daripada Bitcoin dan 10x lebih pantas daripada Litecoin. Awal pelaksanaan SegWit dan ketegaran blokrantaian memungkinkan sehingga 1066 transaksi dalam rangkaian sesaat dengan yuran perpindahan yang sangat-sangat berpatutan.

Berfikiran Jauh.

Sejak 6 tahun yang lalu, DigiByte telah berulang kali menempatkan dirinya dengan beberapa blokrantaian terpenting, seperti pengawal DigiShield, perlombongan MultiAlgo, pelaksanaan SegWit, algoritma Odocrypt, protokol privasi Dandelion++, DigiAssets dan Digi-ID.

Apa itu DigiByte? Tonton video pengenalan

Beginilah cara blokrantaian DigiByte berfungsi.

Ketiga-tiga lapisan tersebut adalah bahagian yang paling inovatif dari blokrantaian DigiByte yang menyediakan infrastruktur, keselamatan dan komunikasi rangkaian supaya dapat berfungsi dengan kadar kelajuan semaksima mungkin.

Aplikasi / DigiAssets.

Lapisan teratas seperti kedai aplikasi dengan penggunaanya yang jelas di Dunia nyata. Semua jenis aset digital dapat dicipta dengan protokol DigiAssets di atas blokrantaian DigiByte. Aplikasi tidak berpaksi (dApps) ini boleh saja dibina di atas blokrantaian DigiByte. Termasuk perjanjian pintar dengan keupayaan ketegasan dan keselamatan blokrantaian DigiByte sehingga ia dapat dikodkan dengan mudah.

Digital aset / Buku lejar am.

Lapisan tengah adalah lapisan keselamatan dan pentadbiran. Digital Byte, mewakili data yang lebih besar atau unit yang memiliki nilai, dan tidak dapat dipalsukan, diduplikasi atau digodam. Memiliki kejar am yang tidak mudah untuk diubah di mana terdapatnya semua transaksi DigiBytes yang telah direkodkan bersamanya. DigiByte menggunapakai lima tata kerja pengesahan algoritma untuk tujuan keselamatan. DigiBytes yang baru hanya boleh didapati memalui aktiviti perlombongan sahaja.

Protokol teras / Rangkaian global.

Lapisan bawahnya adalah bahagian prosedur komunikasi dan operasi. Node level rendah adalah cara rangkaian global DigiByte berkomunikasi. Dokongan kuat daripada ribuan pengguna perisian DigiByte di seluruh Dunia. Mana-mana pelayan, komputer, tablet atau telefon bimbit yang disambungkan ke rangkaian DigiByte akan menjadi node yang akan membantu melancarkan transaksi rangkaian DigiByte. Ayuh! segera membantu blokrantaian DigiByte sedapat yang boleh.

Sumber terbuka / Tanpa kebenaran.

Sama seperti laman web ini, blokrantaian DigiByte berorentasikan kepada sumber terbuka sepenuhnya dan bebas untuk digunakan dan didaftarkan di bawah lesen MIT, yang memberi peluang untuk anda menjalankan dan mengubah-suai perisian. Membolehkan pengesahan ketelusan binari secara bebas dan kod sumbernya yang sepadan.
Protokol DigiByte di GitHub.
Pengembangan Teras DigiByte di GitHub.

Statistik blockchain DigiByte
6
10815300

Sejarah DigiByte.

Menyusuluri karya pembangunan utama blokrantaian DigiByte.

Development

Permulaan pembangunan sepenuh masa untuk membina masa depan blokrantaian DigiByte.

Oktober, 2013 Ketahui lebih lanjut
Launch

Blockrantaian DigiByte Genesis berjaya direkodkan dan dilancarkan secara rasmi.

10 Januari 2014 Ketahui lebih lanjut
DigiShield

DigiShield diaktifkan dan menggunakan pengesahan ketulinan masa nyata terhadap turun naik hash.

28 Februari 2014 Ketahui lebih lanjut
MultiAlgo

MultiAlgo diaktifkan untuk menggunapakai 5 algoritma yang berbeza untuk mengelakkan pengawalan aktiviti perlombongan.

1 September 2014 Ketahui lebih lanjut
MultiShield

MultiShield diaktifkan untuk memperluas perlindungan DigiShield ke atas semua 5 algoritma perlombongan.

10 Disember 2014 Ketahui lebih lanjut
DigiSpeed

DigiSpeed diaktifkan untuk mengurangkan masa blok menjadi 15 saat untuk transaksi yang lebih pantas.

4 Disember 2015 Ketahui lebih lanjut
SegWit

SegWit diaktifkan sebelum Bitcoin dan Litecoin untuk penggunaan ukuran blok yang lebih sempurna.

28 April 2017 Ketahui lebih lanjut
Digi-ID

Digi-ID dilancarkan untuk memberi peluang kepada pengguna untuk masuk ke laman web dan banyak lagi dengan lebih mudah.

DigiAssets

DigiAssets dilancarkan untuk membolehkan pengeluaran aset tidak berpaksi dan lain-lainnya.

April, 2019 Ketahui lebih lanjut
Dandelion++

Protokol Dandelion ++ dilaksanakan bagi menghalang pengesanan lokasi IP dan fizikal.

Odocrypt

Odocrypt diaktifkan supaya dapat berubah setiap 10 hari untuk ketahanan ASIC yang unggul.

21 Julai 2019 Ketahui lebih lanjut
Roadmap

Senarai item yang ingin kami lakukan untuk DigiByte. Semak imbas dan mula menyumbang.

Matawang digital
anda pasti menyukainya.

DigiByte (DGB) adalah matawang digital P2P berskala yang membolehkan kelajuan transaksi terbaik setaraf dengan kadar yuran transaksinya yang sangat-sangat berpatutan. DigiByte merupakan kaedah terbaik untuk transaksi dalam talian masa kini.

Belajar dengan melihat

Mudah digunakan.

DigiByte adalah sangat mudah digunalan malah lebih mudah daripada menghantar SMS. Anda boleh menghantar dan menerima DigiBytes menggunakan peranti yang sudah anda kenal dan sukai. Anda hanya perlu memasang Dompet DigiByte yang disokong oleh peranti kemudian klik imbas, imbas kod QR dan hantar DigiByte. Semudah 1..2..3.

Bukan ICO.

DigiByte tidak dibiayai melalui ICO atau sejumlah besar syiling terpakai (baki 0%). Tidak ada CEO atau syarikat yang mengawal blokrantaian DigiByte. Pengasas, pemaju dan komuniti adalah dari kalangan sukarelawan yang tidak dibayar. Risiko untuk muflis adalah tipis.

Lebih laju.

Transaksi DigiByte disahkan dalam anggaran 15 saat, iaitu 40 kali lebih pantas daripada transaksi Bitcoin dan 10 kali lebih pantas daripada transaksi Litecoin. SegWit membuka ruang sehingga 1066 transaksi dalam rantai sesaat dan bayaran yuran perpindahannya adalah sangat berpatutan dan menjadikan DigiByte matawang digital yang ideal untuk transaksi seharian malah bersifat pelaburan di dalamnya.

Selamat.

DigiByte dibangun berdasarkan teknologi blockchain Bitcoin yang tidak dapat ditembusi, digodam dan menerapkan pelbagai peningkatan terkini seiring dengan perkembanganmya seperti pengawal DigiShield, perlombongan MultiAlgo dan algoritma Odocrypt. Protokol privasi Dandelion++ juga membantu memastikan anda selamat dengan menyembunyikan IP dan lokasi fizikal anda. Ketahui lebih lanjut.

Boleh di lombong.

DigiByte adalah blokrantaian 100% Proof of Work (PoW) yang dapat dilombong dengan lima algoritma yang ditetapkan iaitu Sha256, Scrypt, Skein, Qubit dan Odocrypt. Perlombongan MultiAlgo menyumbang kepada tidak berpaksi, keselamatan rangkaian dan memberi anda kebebasan untuk menggunakan pelbagai jenis perkakasan seperti ASIC a FPGA atau GPU. Ketahui lebih lanjut.

Unit mudah di uruskan.

Berbanding dengan 21 juta Bitcoin, 21 bilion DigiByte (nisbah 1000: 1 ke BTC) telah dirancang sebegitu rapi untuk diterima pakai secara besar-besaran. Ganjaran blok DigiByte berkurang sebanyak 1% setiap bulan dan bukannya separuh setiap 4 tahun. Semua 21 bilion DigiBytes akan siap dilombong menjelang tahun 2035. Selepas tahun 2035 para pelombong kemudian hanya akan bergantung pada yuran transaksi. Ketahui lebih lanjut.

Pilihan pantas dari DigiByte Eko-sistem.

Platfom pertukaran yang terlibat dan menyokong DigiByte boleh didapati di Wiki DigiByte.

Okex

OKEx adalah salah satu pertukaran cryptocurrency terkemuka yang menawarkan perdagangan DigiByte.

OKEx okex.com
KuCoin

KuCoin adalah salah satu pertukaran cryptocurrency paling maju untuk memperdagangkan DigiByte.

KuCoin kucoin.com
CoinField

CoinField menyediakan pasangan USD, EUR, GBP, CAD dan USDT untuk perdagangan DigiByte di 193 negara.

CoinField coinfield.com
Bittrex

Bittrex menyediakan platform yang terbukti selamat untuk pelanggannya untuk membajak peluang perdagangan DigiByte.

Bittrex bittrex.com
Sequoir

Dengan Sequoir, anda boleh membeli dan menjual DigiByte dengan USD, GBP atau Euro.

Sequoir sequoir.com
Abra

Abra membuat pelaburan di DigiByte menjadi lebih mudah, lebih selamat dan mudah dilayari oleh semua orang. Terdapat di 150 negara.

Abra abra.com
Shapeshift

ShapeShift adalah platfom pertukaran aset digital segera yang terkemuka, juga menyokong DigiByte.

ShapeShift shapeshift.io
Changeangel

Changeangel adalah perkhidmatan kripto ke kripto, dompet ke dompet, pertukaran syiling antara platfom yang menyokong projek komuniti.

Changeangel changeangel.io

Penafian Pertukaran
Pertukaran yang diperkenalkan di sini hanya untuk tujuan maklumat dan tidak berafiliasi dengan komuniti DigiByte. Sebarang pertukaran boleh daftar DigiByte tanpa kebenaran. Selalu buat kajian anda sendiri sebelum menggunakannya, kemudian simpan DGB anda di dompet peribadi.

Cara mudah
untuk membuat aset digital.

DigiAssets adalah terjamin selamat, lapisan berskala di atas rantaianblock DigiByte yang membolehkan pengeluaran aset tidak berpaksi, token, perjanjian pintar, identiti digital dan banyak lagi.

Belajar dengan melihat

Kebarangkalian yang tidak terbatas.

DigiAssets boleh digunakan untuk mewakili apa sahaja yang kita dapati di dunia fizikal dengan selamat. Dari aset ketara seperti harta tanah atau kereta, hingga kekurangan karya seni digital. Dokumen yang ditandatangani seperti surat ikatan dan bil perubatan dapat dilindungi dengannya.

Berkembang dan sangat diyakini.

DigiAssets sebagai ekosistem dan platformnya sudah ada beberapa pihak yang berminat dan merancang atau membina platform dalam bidang harta tanah, kewangan, pengiriman wang, identiti, tempat penjualan, perlumbaan, perdagangan, penjagaan kesihatan, rantaian bekalan, kerajaan dan banyak lagi denganya.

Berteknologi tinggi.

DigiAssets memanfaatkan aspek unik dari blokrantaian yang benar-benar tidak berpaksi yang hanya terdapat dalam blokrantaian tanpa izin seperti DigiByte. Ini membolehkan DigiAssets lebih selamat, berskala dan tidak berpaksi daripada platform lainnya di pasaran.

Mula dengan DigiAssets.

Belajar protocol.

Menerokai spesifikasi protokol DigiAssets sumber terbuka untuk mengeluarkan dan mengurus aset digital di atas Blokrantaian DigiByte. Protokol DigiAsets di GitHub.

Mengeluarkan aset.

Bukan ahli dan tidak punya kepakaran? tidak jadi masalah! Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan DigiAssets dengan menggunakan salah satu alat yang telah tersedia tanpa perlu mempunyai pengetahuan teknikal mengenai protokol. Perkhidmatan DigiAssets yang disokong.

Simpan / Jual Beli.

Tertanya-tanya bagaimana hendak menggunakan DigiAssets? Gunakan aplikasi DigiByte Mobile dan DigiByte Go untuk menghantar, menerima dan menyimpan aset anda atau menerokai perkhidmatan yang disokong DigiAssets untuk membeli, menjual dan menukar DigiAssets.

Punyai masalah?

Perlu lebih banyak bantuan dan maklumat mengenai DigiAssets? Jangan ragu-ragu untuk menyertai kumpulan DigiByte Developers di aplikasi Telegram untuk mengemukakan soalan atau berkongsi idea anda. Pasukan Pembanggunan DigiByte di Telegram.

Lihat tindakkan dalam DigiAssets.

Carian perkhidmatan yang disokong oleh DigiAssets untuk merasai penglaman sebenar DigiAssets.

CreateDigiAssets

DigiAssets Tools membolehkan anda membuat DigiAssets dengan cepat dan mudah, walaupun anda seorang pengguna bukan berlatarbelakang teknikal.

DigiAssets Tools createdigiassets.com
Digi-Broker

Digi-Broker adalah laman web di mana pengguna dari seluruh dunia boleh berkongsi, membeli dan menjual aset digital mereka.

Digi-Broker digi-broker.com
DigiAssetX

digiassetX adalah platfom pertukaran DigiByte DigiAssets baru dan perkhidmatan penciptaan DigiAssets.

Akan datang digiassetx.com

Pengesahan terbaik.

Digi-ID adalah protokol keselamatan yang dibina berdasarkan teknologi blokrantaian DigiByte yang memberi kemudahan terbaik kepada pengguna untuk serap masuk ke laman web, aplikasi, dan bahkan ke internet dengan mudah.

Belajar dengan melihat

Pengesahan yang mudah.

Digi-ID menghilangkan nama pengguna, kata laluan dan keperluan 2fa untuk pengesahan. Kerana Digi-ID menggunakan kriptografi kunci awam / peribadi, tidak ada kata laluan atau nama pengguna yang mendatangkan risiko. Kaedah ini bukan sahaja melindungi pengguna, tetapi juga melindungi perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna.

Keselamatan peringkat tinggi.

Digi-ID tidak menyimpan data mengenai pengguna di blokrantaian. Ini semakin mengukuhkan keselamatan dan juga meningkatkan keyakinan pengguna akhir bahawa data mereka tidak diintai atau berisiko oleh kecuaian orang lain. Tidak ada titik kegagalan luaran bagi penggodam untuk menyasarkan dan mengeksploitasi platform anda.

Ringkas dan percuma.

Digi-ID adalah percuma! Tidak ada bayaran, perkhidmatan langganan, atau kos penyelenggaraan. Tetapi kosnya adalah ciri kedua terbaik. Ciri utamanya ialah, sesuai dengan keutamaan keselamatan DigiByte, Digi-ID adalah kaedah yang lebih selamat, mudah dan tersedia untuk daftar masuk ke laman web, aplikasi dan banyak lagi.

Begini cara kerjanya.

Genarasi.

Laman web, aplikasi atau produk menghasilkan kod QR Digi-ID unik dan jelas.

Pengimbasan.

Pengguna mengimbas QR melalui dompet DigiByte Mobile atau aplikasi yang disokong Digi-ID.

Pembuktian.

Pengguna mengesahkan permintaan dengan memasukkan PIN mereka atau mengimbas cap jari / wajah mereka.

Pengesahan.

Digi-ID menghantar permintaan yang ditandatangani secara kriptografi, setelah selesai proses tersebut, ia kembali dan membenarkan pengguna untuk daftar masuk.

Soalan lazim.

Di mana saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat yang selanjutnya?

Lokasi terbaik untuk memulakannya adalah Digi-ID.io. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perincian dan kelebihan Digi-ID, anda boleh merujuk pada panduan pengguna, panduan vendor dan panduan integrasi. SSekiranya anda mencari media kit, sila rujuk foglio introduttivo dan logo.

Di manakah perpustakaan integrasi?

Oleh kerana Digi-ID adalah sumber terbuka, banyak repositori kod boleh didapati di GitHub seperti DigiByte Core Development , Matthew Cornelisse dan WHMCSSnow. Sekiranya anda memerlukan lebih banyak bantuan dan sokongan, sila sertai DigiByte Developers group di Telegram.

Bolehkah saya mengintegrasikan Digi-ID tanpa pengekodan?

Sekiranya anda bukan pembikin aplikasi, anda mungkin mahu menggunakan penyelesaian siap-sedia integrasi untuk laman web atau produk anda. OpenAntumID menyediakan perkhidmatan integrasi Digi-ID tanpa batas. Anda juga boleh menggunakan WordPress plugin untuk platfom WordPress.

Adakah terdapat aplikasi autentikasi Digi-ID yang lain?

Sudah tentu! Digi-ID adalah platform yang sangat berkembang pesat. Pelbagai aplikasi pengesah mandiri dan dompet yang disokong Digi-ID boleh didapati di bahagian Muat turun. Anda juga boleh meletakkan widget aplikasi Digi-ID percuma di halaman daftar masuk laman web anda.

Lihat Digi-ID beraksi.

Menerokai perkhidmatan Digi-ID yang disokong untuk mendapatkan pengesahan yang lebih baik.

AntumID

AntumID pulak menawarkan pengalaman unik untuk mendapatkan pengesahan ke laman web dengan menerapkan teknologi DigiByte.

AntumID openantumid.com
Changeangel

Changeangel adalah perkhidmatan kripto ke kripto, dompet ke dompet, pertukaran syiling antara platfom yang menyokong projek komuniti.

Changeangel changeangel.io
Absolute Jobs

AbsoluteJobs adalah salah satu syarikat terkemuka yang menyediakan perkhidmatan pekerjaan di Belgium.

AbsoluteJobs absolutejobs.be
CryptoBantam Shop

Lawati CryptoBantam dan dapatkan pakaian bergaya sempena kempen memperkuatkan keberadaan DigiByte!

CryptoBantam cryptobantam.com
Hash Altcoin

Hash Altcoin adalah syarikat perlombongan yang menghasilkan peranti FPGA untuk penghasilan perlombongan kestabilan tinggi.

Hash Altcoin hashaltcoin.com

Komuniti paling aktif yang pernah ada!

Beribu-ribu sukarelawan dari seluruh dunia telah menyumbang kepada DigiByte dengan pelbagai cara selama bertahun-tahun untuk menjadikannya seperti sekarang. Ini adalah gerakan akar umbi yang benar-benar bermotivasi tinggi. Kami sangat mengalu-alukan anda untuk menyertai pasukan kami!

Belajar dengan melihat

Yayasan DigiByte.

Yayaysan DigiByte adalah organisasi sukarelawan yang dikendalikan dan beroperasi dengan cara tidak bermotifkan keuntungan. Mereka melindungi dan mempromosikan prinsip-prinsip sebenar tidak berpaksi dan memberi kuasa kepada DigiByte dan komunitinya untuk mewujudkan dan mengekalkan dunia tidak berpaksi ke arah yang lebih lestari.
Maklumat lanjut berikutnya - Sumbangan - Hubungi.

Pasukan Pemasaran DGB.

DGBAT adalah inisiatif dayausaha masyarakat. Mereka dipimpin oleh satu pasukan, yang keahlian seterusnya menguruskan pasukan di media sosial, pendidikan, penulis dan pengembang. Hasrat mereka untuk mempromosikan DigiByte melalui kempen pendidikan, sebaran maklumat dan aktiviti pemasaran.
Maklumat lanjut berikutnya - Sumbangan - Hubungi.

Pembangun DigiByte.

Setiap peserta, bekerja di DigiByte adalah berstatus sukarelawan tanpa gaji. Sertai pasukan sukarelawan pengembangan DGB hari ini atau bina aplikasi anda sendiri di atas blokrantaian DigiByte.
DigiByte Protocol di GitHub.
Pembagunan Teras DigiByte di GitHub.

Media sosial.

Ikuti DigiByte di semua platform media sosial utama untuk mengikuti berita DigiByte terkini dan kongsi catatan menarik dengan rakan-rakan anda untuk bantu memperluaskan lagi maklumat tersebut ke serata pelusuk Dunia.

Komuniti Telegram.

Telegram adalah cara paling popular dan mudah untuk berinteraksi dengan komuniti DigiByte global. Sila sertai dan lihat senarai semua kumpulan DigiByte.

Makluman Perbincangan Sokongan Pembangunan Perlombongan Pemasaran Spekulasi Terjemahan

Wiki DigiByte.

DigiByte Wiki adalah ensiklopedia dalam talian yang dibina oleh komuniti, untuk komuniti. Ia mengandungi data yang berguna dan terkini seperti DigiByte Eko-sistem dan cara membimbing. Sesiapa sahaja boleh memberikan sumbangan positif kepada Wiki dengan membuat akaun pengguna secara percuma dan mula menambah atau mengemas kini maklumat di DigiByte Wiki.
Amaran Tidak dibenarkan pautan promosi dan rujukan.

Teknikal Rangka Kerja Pencapaian

Bersama Pengasas DigiByte.

Jared Tate adalah pengasas dan pencipta blokrantaian DigiByte. Jared mendedikasikan pembangunan sepenuh masa ke arah DigiByte sejak Oktober 2013. Dia telah dijemput oleh MIT, Harvard dan US Capitol untuk berbicara mengenai teknologi blokrantaian. Dia juga pengarang buku Blockchain 2035 The Digital DNA of Internet 3.0, yang merupakan buku pertama yang ditulis oleh pengasas blockchain.

Twitter LinkedIn Biografi

Penafian Media Sosial
Pendapat peribadi, kepercayaan dan sudut pandangan yang dinyatakan oleh Jared Tate, DigiByte Core Team, DigiByte Foundation & DigiByte Awareness Team tidak semestinya mencerminkan pendapat, kepercayaan dan pandangan peribadi komuniti.

Memberi sumbangan kepada komuniti DigiByte.

Sumbang kepada organisasi DigiByte atau gunakan perkhidmatan di bawah untuk menyokong kami.

Changeangel

Changeangel adalah perkhidmatan kripto ke kripto, dompet ke dompet, pertukaran syiling antara platfom yang menyokong projek komuniti.

Changeangel changeangel.io
CryptoBantam Shop

Lawati CryptoBantam dan dapatkan pakaian bergaya sempena kempen memperkuatkan keberadaan DigiByte!

CryptoBantam cryptobantam.com
DGB.community email service

Dapatkan alamat e-mel @dgb.community anda sendiri untuk menyokong DigiByte Foundation dan DGBAT.

DGB.community dgb.community
Kryptoez Shop

Kryptoez adalah penjual stoking cryptocurrency dalam talian di mana anda boleh membeli stoking dan manset DigiByte.

Kryptoez kryptoez.com

Pilih apps anda.

Pilih aplikasi untuk menghantar, menerima dan menyimpan DigiByte & DigiAset anda atau meluncur dengan selamat menggunakan Digi-ID.
Core DigiByte v7.17.2 Semasa

Aplikasi yang dibangunkan oleh komuniti DigiByte.

DigiByte Core mengandungi salinan lengkap blockchain dan membina tulang belakang rangkaian. Walau bagaimanapun, ia memerlukan banyak ruang cakera, penggunaan memori yang tinggi dan masa penyegerakan yang panjang. Sekiranya anda bukan pengguna yang berpengalaman, anda mungkin mahu menggunakan dompet perisian yang dipermudahkan.

DigiByte Core

  • Pengesahan penuh
  • Sokong rangkaian
  • Kestabilan tinggi
  • Sokongan SegWit

Tersedia untuk Windows, macOS & Linux (64 Bit only)

DigiByte Mobile

  • Dompet SPV
  • Bantuan Digi-ID
  • Bantuan DigiAssets (Android)
  • Bantuan berbilang bahasa

Tersedia untuk iOS & Android.
TestFlight     Android Beta

DigiByte Go

  • Dompet awan
  • Mudah untuk digunakan
  • Bantuan MultiSig
  • Bantuan DigiAssets

Tersedia untuk Chrome
Aplikasi asli akan datang tidak lama lagi!

Dokumen & Panduan DigiByte.

Perlu lebih banyak dokumentasi? Sama ada anda memerlukan maklumat asas berkaitan artikel atau maklumat teknikal untuk proses integrasi. Anda boleh dapatkan semua panduan tersebut di bawah.

DigiByte Info Paper

Ketahui perincian blockchain DigiByte dengan menggunakan "info paper".

Info paper Muat turun
DigiByte Integration Guide

Mengabungkan blokrantaian DigiByte ke dalam platfom pertukaran, dompet atau perkhidmatan anda dengan mudah.

Panduan penggabungan Muat turun
DigiByte Media Sheet

Ketahui fakta penting mengenai blokrantaian DigiByte melalui lembaran media dengan lebih cepat.

Lampiran media. Muat turun
DigiByte Presentation

Guna pesembahan dalam talian yang bermaklumat untuk memperkenalkan DigiByte kepada rakan-rakan anda.

Persembahan Mula
DigiByte Logos & Icons

Carian logo & ikon DigiByte yang betul dan terkini untuk projek anda.

Logo & ikon Layari GitHub
How to Guides

Memasang node penuh DigiByte atau Insight explorer anda sendiri dengan merujuk panduan Wiki.

Garis panduan Layari DigiByte Wiki

Aplikasi yang dibangunkan oleh perkhidmatan Pihak Ketiga.

Dompet perisian.

Coinomi Wallet

Terdapat pada Windows, macOS, Linux, iOS dan Android. Bantuan Digi-ID dan SegWit. Disyorkan!

Coinomi Muat turun
Abra Global

Terdapat pada iOS dan Android. Pelbagai pilihan pelaburan. Disyorkan!

Abra Muat turun
Ownbit Wallet

Terdapat pada iOS dan Android. Sokongan Digi-ID dan MultiSig. Keahlian berbayar.

Ownbit Muat turun
Edge Wallet

Terdapat pada iOS dan Android. Sokongan SegWit.

Edge Muat turun
Exodus Wallet

Terdapat pada Windows, macOS, Linux, iOS dan Android.

Exodus Muat turun
Atomic Wallet

Terdapat pada Windows, macOS, Linux, iOS dan Android.

Atomic Muat turun
Trust Wallet

Terdapat pada iOS dan Android. Sokongan SegWit.

Trust Muat turun
Guarda Wallet

Terdapat pada Windows, macOS, Linux, Chrome, iOS dan Android.

Guarda Muat turun
Jaxx Liberty

Terdapat pada Windows, macOS, Linux, Chrome, iOS dan Android.

Jaxx Liberty Muat turun

Dompet perkakasan.

Bitfi Wallet

Berfungsi pada mana-mana penyemak imbas web melalui Wi-Fi. Sokongan SegWit. Disyorkan!

Ledger Wallet

Berfungsi pada Win, macOS, Linux, iOS dan Android melalui USB dan Bluetooth. Sokongan SegWit. Disyorkan!

Trezor Wallet

Berfungsi pada Chrome dan Firefox melalui USB. Sokongan SegWit.

KeepKey Wallet

Berfungsi pada Chrome dan ShapeShift.com melalui USB.

SafePal Wallet

Berfungsi pada iOS dan Android melalui kod QR. Sokongan SegWit.

SecuX Wallet

Berfungsi pada Chrome dan iOS melalui USB dan Bluetooth. Sokongan SegWit.

D'CENT Wallet

Berfungsi pada iOS dan Android melalui USB dan Bluetooth. Pengesahan biometrik dan sokongan SegWit.

Kad debit.

Spend Card

Aplikasi iOS dan Android kustodial. Kad debit Visa terdapat di Amerika Syarikat.

PolisPay Card

Aplikasi Windows, macOS, iOS dan Android bukan penjaga. Kad debit MasterCard dan UnionPay.

PolisPay Dapatkan apps

Aplikasi jualan setempat.

DigiCafe PoS

Aplikasi iOS dan Android bukan penjaga untuk pembayaran secara peribadi. Sokongan jualan automatik. Disyorkan!

DigiCafe Dapatkan apps
Coinpayments

Aplikasi iOS dan Android kustodial untuk pembayaran secara langsung dan pemadanan untuk pembayaran dalam talian. Sokongan jual automatik.

CoinPayments Dapatkan apps
PlusBit DGB PoS

Aplikasi Android bukan penjaga untuk pembayaran DigiByte secara peribadi.

PlusBit Dapatkan apps
PayByte

Aplikasi Android bukan penjaga untuk pembayaran secara peribadi dan api pedagang untuk pembayaran dalam talian.

PayByte Dapatkan apps

Digi-ID apps.

Digi-ID/AntumID

Aplikasi pengesah Digi-ID. Sokongan sambungan AntumID untuk fungsi katalaluanDigi.

Digi-ID/AntumID iOS - Android
DigiID Simple

Aplikasi pengesah Digi-ID. Sokongan sambungan AntumID untuk fungsi katalaluanDigi.

DigiID Simple Android
Coinomi

Dompet pelbagai matawang dengan fungsi pengesah Digi-ID.

Coinomi iOS - Android
Ownbit Wallet

Dompet pelbagai matawang dengan fungsi pengesah Digi-ID.

Ownbit iOS - Android

Penafian Dompet
Semua dompet Pihak Ketiga yang diperkenalkan di sini dihoskan oleh pelayan atau kedai aplikasi mereka sendiri. Kami tidak bertanggungjawab untuk kemungkinan masalah yang anda hadapi mengenai dompet Pihak Ketiga. Sebarang kemuskilan, anda seharusnya menghubungi perkhidmatan sokongan dompet yang berkaitan.